HIV/AIDS

AIDS di Malaysia

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS

Berita

Kehidupan benar

 

Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS

Kanak-kanak adalah Wajah AIDS yang Hilang

Di Malaysia dan di seluruh dunia, kanak-kanak kehilangan kehidupan mereka disebabkan oleh AIDS. Mereka kehilangan ibu-ibu, bapa-bapa, dan juga adik-beradik mereka. Ramai kanak-kanak yang kehilangan peluang untuk mendapat pendidikan, penjagaan kesihatan dan juga peluang untuk hidup dengan sihat untuk masa depan mereka. Mereka ditinggalkan tanpa perlindungan terhadap penderaan, eksploitasi dan juga penyakit. Kanak-kanak menjadi sengsara bukan hanya disebabkan oleh AIDS sendiri, tetapi disebabkan dunia masih tidak mengenalpasti bahawa AIDS membawa huru-hara kepada kehidupan kanak-kanak.

Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu Menentang AIDS adalah kempen secara global oleh UNICEF dan UNAIDS untuk menyedarkan dunia tentang fakta bahawa kanak-kanak adalah mereka yang hilang daripada agenda global AIDS. Dimulakan pada tahun 2005, Kempen ini menyediakan platform untuk program-program kecemasan dan pengekalan, advokasi dan juga meraih sumbangan untuk mengadkan kesan-kesan HIV/AIDS kepada kanak-kanak dan juga untuk membalikkan kembali penyebaran penyakit tersebut. Ia juga bertujuan untuk memberi inspirasi kepada semua sektor masyarakat untuk bekerja bersama-sama di dalam mempelopori tindakan untuk kanak-kanak, anak-anak muda dan juga remaja di mana HIV/AIDS telah memberi kesan kepada kehidupan mereka. 

Kita boleh melindungi kanak-kanak dengan mengambil tindakan dan keputusan yang berani untuk mencegah jangkitan-jangkitan baru dan juga untuk mempertingkatkan kualiti penjagaan dan rawatan bagi mereka yang HIV positif. Kita mesti bertindak sekarang untuk memastikan generasi yang bebas daripada AIDS.

Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu Menentang AIDS

........................................................................

Kesan AIDS terhadap kanak-kanak

Objektif-objektif Kempen

Panggilan untuk bertindak

Apa yang anda boleh lakukan

Menghadapi cabaran melalui perkongsian

 

 

 

 

Menentang HIV/AIDS di Malaysia

Search:

 Email this article

unite for children