HIV/AIDS

AIDS di Malaysia

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS

Berita

Kehidupan benar

 

Dasar dan sokongan teknikal

© UNICEF Malaysia/2006/Nadchatram
Seorang kaunselor memberikan pendidikan pencegahan HIV.

Rancangan Strategik Kebangsaan (NSP) untuk HIV/ AIDS 2006-2010
UNICEF telah bekerja dengan Kerajaan Malaysia di dalam persiapan Rancangan Strategik Kebangsaan Kerajaan (National Strategic Plan - NSP) untuk HIV/AIDS 2006-2010. Maklumbalas Malaysia terhadap HIV/AIDS adalah dengan menyokong Rancangan Malaysia Ke-9 dan juga bersamaan dengan iltizam kerajaan terhadap keputusan daripada Persidangan Sesi Khas Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGASS) terhadap HIV/AIDS 2001 dan "Matlamat Pembangunan Milenium”.

 

UNICEF juga telah memberi sokongan terhadap proses yang dilaksanakan oleh Kerajaan di dalam pembentukan Rancangan Tindakan kepada NSP 2006-2010. NSP memberikan imbangan yang berpadanan di antara pencegahan, rawatan dan penjagaan dengan keutamaan diberikan kepada:

  • Memperkukuhkan kepimpinan dan juga advokasi
  • Peningkatan latihan dan kapasiti 
  • Pengguna dadah yang menyuntik dan juga pasangan mereka
  • Mengurangkan risiko kanak-kanak dan remaja terhadap HIV
  • Populasi yang terpinggir
  • Memperbaiki kemudahan laluan kepada diagnostik, rawatan dan juga penjagaan

Kementerian Kesihatan bertanggungjawab di dalam pelaksanaan Rancangan Strategik Kebangsaan (NSP). Sebuah Badan Bertindak Kebangsaan (National AIDS Task Force), dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, akan menyelia NSP.

 

Pengurangan Kemudaratan untuk Pengguna-pengguna dadah yang menyuntik
UNICEF merupakan rakan aktif di dalam program Pengurangan Risiko Kerajaan yang merangkumi pertukaran jarum suntikan dan pemberian kondom di samping program gantian metadon yang mensasarkan pengguna dadah yang menyuntik. Antara lain, penglibatan UNICEF di bawah program tersebut akan meningkatkan kerjasama, di peringkat atasan, di antara penguatkuasa undang-undang dan lain-lain badan Kerajaan di peringkat atasan untuk memastikan inisiatif Pengurangan Kemudaratan disokong dengan rangka kerja dasar dan prosedur operasi untuk mereka yang bekerja di lapangan. Sokongan UNICEF juga termasuk rekaan dan pengendalian laman web untuk memberikan maklumat terkini, panduan dan kemaskini terhadap program untuk kegunaan ‘stakeholder’ di Malaysia. Laman web ini juga akan berperanan sebagai tempat pengumpulan maklumat-maklumat tentang pengurangan kemudaratan di Malaysia untuk di kaji semula bagi memastikan ianya berkualiti.

 

Sistem Pengawasan dan Pemerhatian untuk HIV/AIDS
UNICEF bekerja dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mempertingkatkan pemerhatian, pengawasan, dan sistem penilaian dan untuk memastikan dasar dan program yang diperkembangakan oleh KKM adalah berdasarkan bukti, kajian dan analisis yang berkualiti tinggi. Ini termasuklah program Pengurangan Kemudaratan.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children