Kajian dan analisis
 |
|
© UNICEF Malaysia/2006/Zurin |
|
Pengarah Serantau EAPRO, Anupama Rao Singh, telah membuka Pusat Kerjasama IPK-UNICEF pada 2 April 2006. Juga hadir adalah Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Malaysia untuk Hubungan Luar Negara Patricia Chia dan Wakil UNICEF di Malaysia Gaye Phillips. |
Pusat Kerjasama Institut Pengurusan Kesihatan-UNICEF
Pusat Kerjasama Institut Pengurusan Kesihatan-UNICEF untuk Peningkatan dan Kajian, Dasar Kesihatan, telah ditubuhkan pada tahun 2005 untuk memberikan Kerajaan dan UNICEF sumber-sumber maklumat dan analisis yang bertepatan untuk dimasukkan ke dalam proses membuat keputusan untuk memastikan keberkesanan dan kecekapan intervensi di dalam meningkatkan kesihatan rakyat Malaysia.
Pusat Kerjasama ini melibatkan agensi-agensi Kerajaan, institusi tempatan dan luar negara untuk menghasilkan pelbagai kajian. Tambahan pula, Pusat ini akan menubuhkan badan-badan tindakan bila dan di mana ia diperlukan dan menganjurkan persidangan-persidangan yang telah disokong oleh kajian-kajian yang telah dijalankan.
Kajian yang telah diluluskan oleh Pusat ini termasuklah kajian semula program pencegahan HIV daripada ibu kepada anak dan kajian terhadap kanak-kanak yang menjadi yatim piatu disebabkan oleh AIDS di Malaysia.