Pendidikan remaja
 |
|
© UNICEF Malaysia/2006/Nadchatram |
|
Kanak-kanak dan remaja menggunakan Pusat Remaja PROSTAR-UNICEF di pedalaman Kedah untuk mengisi masa lapang, bermain dan juga mendapatkan maklumat tentang HIV/AIDS. |
Pusat-Pusat Remaja PROSTAR-UNICEF
UNICEF bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan di dalam program PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS Remaja) yang telah menubuhkan pusat-pusat di enam buah daerah di negeri Kedah untuk remaja di sekolah dan di luar sekolah. Pusat-pusat ini memberikan kanak-kanak dan remaja tempat yang selamat untuk berjumpa dan mendapatkan sokongan daripada rakan sebaya untuk kemahiran hidup dan maklumat tentang HIV/AIDS. Bermulanya dengan kumpulan sasaran sebanyak 35,000 orang remaja, program ini telah diperkembangkan ke seluruh negeri Kedah dan akan memberi manfaat kepada 900,000 kanak-kanak, remaja dan wanita.
Pendidikan AIDS Berdasarkan Kemahiran Hidup
Dengan sokongan daripada UNICEF, Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah utama dengan memperkenalkan Pendidikan AIDS Berdasarkan Kemahiran Hidup (LSBE) ke dalam sistem sekolah di Malaysia. Di dalam program perintis ini, 20 orang guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah di Kedah telah dilatih di dalam perkembangan individu dan sosial dan juga tentang pencegahan masalah-masalah kesihatan dan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan HIV/AIDS untuk memberi manfaat kepada lebih kurang 5,000 orang pelajar di negeri tersebut. Dengan menunjukkan keberkesanan projek perintis ini di peringkat negeri, UNICEF akan menyokong peningkatan projek LSBE tersebut ke peringkat kebangsaan pada akhir tahun 2007.