HIV/AIDS

AIDS di Malaysia

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS

Berita

Kehidupan benar

 

Pusat-pusat remaja membantu melindungi kanak-kanak daripada HIV/AIDS

© UNICEF Malaysia/2006/Nadchatram
Kaunselor remaja PROSTAR Along sedang memberi kaunseling kepada Mat (kiri) yang sedang melalui masa yang sukar. Pendidikan rakan sebaya sedang digunakan di Malaysia untuk membantu anak-anak muda mengelakkan diri daripada kelakuan yang berisiko tinggi.

PENDANG, KEDAH, 22 November 2006 – Seperti lain-lain anak muda, Mat merasakan dia perlu berada di dalam sebuah kumpulan dan ingin mencuba kelakuan-kelakuan yang berisiko tinggi. Kini berumur 17 tahun, dia mendapati dirinya mengikuti kumpulan yang melakukan perlumbaan motorsikal haram di dalam percubaan untuk menyesuaikan diri. “Saya ingat ia merupakan sesuatu yang bagus,” dia cuba mengingati.

Kumpulan-kumpulan motorsikal di Malaysia yang lebih dikenali sebagai "Mat Rempit" selalunya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti berisiko seperti jenayah, keganasan, penyalahgunaan dadah dan juga seks tidak selamat. Disebabkan lebih daripada 75 peratus mereka yang hidup dengan HIV di Malaysia adalah berumur di antara 20 dan 39 tahun, pencegahan HIV di kalangan anak-anak muda – termasuklah ahli-ahli kumpulan – telah menjadi keutamaan yang tertinggi bagi Kerajaan dan juga UNICEF.

Satu gerakbalas yang berkesan telah pun bermula di negeri Kedah, yang telah dilaporkan sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai kadar jangkitan HIV yang tertinggi di negara ini. Pada tahun 2004, Kementerian Kesihatan bersama-sama dengan UNICEF telah menlancarkan Pusat Remaja PROSTAR yang pertama di negeri Kedah. Projek perintis untuk dua tahun ini memberi fokus kepada pencegahan HIV/AIDS melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan remaja dan juga pendidikan rakan sebaya.

“Salah satu cara yang paling berkesan untuk memberi mesej pencegahan HIV kepada remaja adalah melalui remaja,” kata Gaye Philips, Wakil UNICEF di Malaysia. “Apabila sesuatu mesej diberikan daripada seorang remaja kepada remaja lain, ia kekal dengan remaja tersebut lebih lama. Inilah yang membawa kepada perubahan kelakuan, iaitu amat penting untuk pencegahan HIV/AIDS.”

Membuat pilihan-pilihan yang positif

Di bawah motto, ‘Tindakan oleh Remaja, untuk Remaja dan melalui Remaja’, pusat-pusat remaja PROSTAR bukan sahaja menawarkan kaunseling rakan sebaya tetapi memberikan peluang kepimpinan kepada anak-anak muda.

Bagi Mat, dengan adanya seorang yang sebaya dengannya memberi peluang kepadanya untuk meluahkan perasaan pada masa yang sukar untuk membantunya membuat pilihan yang positif: iaitu meninggalkan kumpulan motorsikal haram tersebut.

“Apabila saya membuat keputusan untuk mengubah hidup saya, saya ingin bercakap dengan seseorang yang sebaya dengan saya yang tidak mempunyai sebarang prasangka terhadap saya,” kata Mat. Dia berjumpa dengan Along, seorang penyelia di salah sebuah daripada enam pusat di kawasan pedalaman Kedah yang berumur 19 tahun. Along telah mencadangkan kaunseling dengan PROSTAR.

© UNICEF Malaysia/2006/Nadchatram
Pusat-pusat PROSTAR yang telah disokong bantu oleh UNICEF memberikan anak-anak muda di kawasan pedalaman di Kedah dengan kawasan yang selamat bagi mereka untuk mengisi masa lapang, bermain dan mempelajari tentang HIV/AIDS.

“Saya merasa lebih selesa pergi ke pusat tersebut kerana ia berada di luar sekolah,” Mat menerangkan. “Saya betul-betul tidak mahu orang lain melihat yang saya mempunyai masalah.”

Tetapi kaunseling rakan sebaya hanyalah sebahagian daripada misi daripada keenam-enam buah pusat PROSTAR. Mereka juga memberikan kanak-kanak dan anak-anak muda tempat yang selamat untuk mengisi masa lapang, bermain, belajar dan untuk mendapatkan maklumat tentang HIV dan AIDS. Di sebuah pusat yang satu-satunya mempunyai kafe internet di daerah tersebut, terdapat lebih kurang 500 anak muda telah berdaftar. Pusat yang sama juga memberikan kaunseling dan juga ujian saringan HIV tanpa nama.

Masyarakat dan juga sokongan kerabat diraja

Semenjak HIV/AIDS berterusan menjadi topik yang sensitif dari segi aspek budaya dan keagamaan, kejayaan pusat remaja PROSTAR terletak secara seluruhnya di atas persetujuan dan sokongan daripada masyarakat. Lebih daripada dua tahun yang lepas, Kementerian Kesihatan telah menjadikan ia satu keutamaan untuk menyenaraikan pelbagai pemimpin masyarakat dan juga agama untuk menyokong objektif-objektif pusat-pusat tersebut.

Juga dengan menambahkan pengaruh ke dalam program tersebut melalui gabungan dengan kerabat diraja negeri. Pusat remaja PROSTAR yang pertama telah dilancarkan pada tahun 2004 oleh Yang Mulia Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, Puteri negeri Kedah.

“Beta percaya adalah penting bagi anak-anak muda untuk berjumpa dan bersosial dengan cara yang positif dan sihat,” baginda berkata.  “Dengan menggunakan sukan dan juga pengetahuan sebagai satu cara untuk menggalakkan remaja untuk bekerja bersama adalah cara yang berkesan untuk tidak menggalakkan mereka daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang berisiko.”

Melalui projek perintis PROSTAR – yang mencapai lebih kurang 300,000 remaja – UNICEF berharap agar dapat memberi ilham kepada inisiatif yang sama di dalam lain-lain masyarakat.

“Saya hampir mensia-siakan hidup saya,” kata Mat. “Sekarang hidup saya telah berubah. Melalui kaunseling yang saya terima, saya sekarang boleh mencapai potensi saya sepenuhnya.”

 

 

 

 

Video

22 November 2006:

Duta Muhibah UNICEF Malaysia, Celina Khor, melaporkan mengenai pusat remaja PROSTAR.
 VIDEO max | min

 
Puteri negeri Kedah, Yang Mulia Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, mengulas mengenai kepentingan pusat remaja PROSTAR di Kedah. 
 VIDEO max | min

Laporan kedua video adalah dalam Bahasa Inggeris. 


Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang HIV/AIDS

Belajarilah bagaimana!

Pelancaran kempen di Malaysia *

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris


Menentang HIV/AIDS di Malaysia

Matlamat Pembangunan Milenium

Search:

 Email this article

unite for children