HIV/AIDS

AIDS di Malaysia

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS

Berita

Kehidupan benar

 

Respons UNICEF: 2005 – 2007

© courtesy Charlie Liddall

Dengan tema kempen Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS (Unite for Children, Unite Against AIDS), UNICEF bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia bagi mengekang dan melawan merebaknya HIV di negara ini.

Program HIV/AIDS UNICEF dibina berasaskan empat tonggak: (1) bantuan teknikal dan peningkatan keupayaan; (2) program pemangkin peringkat akar umbi; (3) maklumat awam dan penyebaran; dan (4) penyelidikan dan analisis yang boleh digunakan. Program direka untuk membantu pembuat dasar dan para rakan kerjasama :

  • Mengambil kira besarnya epidemik HIV/AIDS di negara ini dan kesan yang mungkin wujud terhadap kanak-kanak, golongan muda dan wanita.

  • Mengenal pasti skop intervensi yang berkesan dan mapan untuk mengekang dan melawan wabak.

  • Membuat dasar yang berasaskan bukti, menyeluruh, tidak mendiskriminasi dan berwawasan.

  • Mereka dan menguji model program yang inovatif yang jika berjaya boleh dijadikan contoh untuk seluruh negara.

* Sila ambil perhatian bahawa laman web hanya didapati dalam Bahasa Inggeris.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children