HIV/AIDS

 

AIDS di Malaysia

© UN Malaysia/2004/Chauly

Malaysia ialah tempat terdapatnya epidemik AIDS yang kelima paling pesat merebak di rantau Asia Timur dan Pasifik dengan kadar semasa jangkitan HIV berganda setiap tiga tahun.

Di antara kes yang pertama kali dikesan pada tahun 1986 dan bulan Disember 2006, 76,389* orang telah dijangkiti HIV manakala 9,155* orang telah meninggal dunia akibat AIDS. Statistik ini menunjukkan purata 17 orang yang diuji positif bagi virus ini setiap hari.

Wabak di Malaysia ini sebahagian besarnya dipengaruhi oleh pengguna dadah suntikan yang merupakan kira-kira 73% daripada jumlah kes. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan tentang tularan heteroseksual yang sedang meningkat. Perkadaran wanita yang dilaporkan mempunyai HIV telah bertambah dengan besar pada dekad yang lalu daripada 4% pada tahun 1995 kepada 15% kes baru menjelang akhir tahun 2006. Kajian menunjukkan bahawa pada tahun 2006, lebih banyak suri rumah diuji positif HIV berbanding dengan pekerja seks. Pada masa yang sama, peratus bayi yang dilahir dengan HIV juga meningkat dari 0.2% kes baru pada tahun 1991 kepada 1.4% kes bagi tahun 2006.

Sama seperti di kebanyakan bahagian dunia, bilangan golongan muda di Malaysia dengan jangkitan HIV meningkat setiap tahun. Statistik bulan Disember 2006 daripada Kementerian Kesihatan mendedahkan bahawa 36% jangkitan ini adalah dalam kalangan umur antara 13 hingga 29 tahun. Kemungkinan orang yang dijangkiti HIV sebelum usia 30 telah dijangkiti dalam lingkungan umur dua puluhan malah ada antaranya semasa usia remaja mereka

Ketidaksaksamaan gender, stigma, diskriminasi, berdiam diri, penafian dan kejahilan menjadi bahan pembakar wabak ini di Malaysia. 

* Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Dadah dan HIV/AIDS

 

 

 

 

Video

Wakil UNICEF Gaye Phillips mengulas mengenai kesan HIV dan AIDS di Malaysia. 

VIDEO   Min | Max


Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu Menentang AIDS

 


Search:

 Email this article

unite for children