Kanak-Kanak

Ibu dan anak dalam kandungan

Tahun-tahun awal

Masa sekolah rendah

Remaja

Hak asasi kanak-kanak di Malaysia

 

Masa sekolah rendah

© UN Malaysia/2004/Chauly

Pendidikan rendah sejagat untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki Malaysia hampir- hampir tercapai menjelang alaf baru. Pada tahun 2005, daftar masuk bersih kanak-kanak di sekolah rendah ialah 91.7%* dengan kadar daftar masuk kanak-kanak perempuan sama dengan kanak-kanak lelaki. Dengan pengembangan pendidikan rendah, kadar celik huruf di kalangan golongan muda adalah rata-rata sejagat.

 

Memperluas peluang pendidikan dan kenaikan taraf sistem pendidikan negara telah menambah perolehan dan kenikmatan hak-hak lain.

Kejayaan Malaysia dalam mencapai pendidikan rendah sejagat sebahagian besarnya berpunca daripada iltizam Kerajaan terhadap pendidikan, sebagai suatu strategi untuk mengurangkan kemiskinan dan menyumbang kepada pembangunan negara. Sejak tahun 1970, Malaysia telah banyak melabur dalam mewujudkan persekitaran yang merangsangkan kepada pendidikan rendah untuk semua kanak-kanak termasuk yang tinggal di kawasan luar bandar. Ini termasuk menyediakan prasarana yang baik bagi menjamin kemasukan ke sekolah dan menyokong keperluan golongan miskin melalui pinjaman buku teks, asrama, kesihatan sekolah dan program susu dan juga skim makanan tambahan. Usaha kerajaan telah disokong di peringkat keluarga oleh ibu bapa yang melihat pendidikan sebagai peluang untuk menyediakan kemudahan untuk meningkat dalam kerjaya dan kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak mereka.

Walaupun Malaysia berjaya mencapai pendidikan rendah sejagat, masih ada cabaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan rendah dan bagi menjamin kerelevanan kurikulum dan sokongan yang diberikan kepada guru-guru, terutamanya di kawasan luar bandar.  Program yang dibina khusus dan peka dari segi budaya juga diperlukan untuk menggalakkan kanak-kanak di kalangan Orang Asli Malaysia dan masyarakat peribumi yang lain untuk mendaftar dan menyempurnakan pendidikan rendah mereka. Dari segi sejarah, kanak-kanak yang dibebani dengan kadar pencapaian sekolah yang rendah ini, menghadiri sekolah bergantung pada sifat bermusim kerja-kerja isi rumah mereka.

Dengan penggunaan ICT yang pesat di seluruh negara, dasar pendidikan juga perlu peka kepada kemungkinan wujudnya jurang digital antara kanak-kanak luar bandar dengan kanak-kanak bandar, disebabkan prasarana ICT yang kurang menyeluruh di kawasan luar bandar. 

* Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

 

 
Search:

 Email this article

unite for children