Kanak-Kanak

Hak asasi kanak-kanak di Malaysia

 

Hak asasi kanak-kanak di Malaysia

© UN Malaysia/2004/Chauly

Malaysia telah mewujudkan persekitaran yang memberi kesempatan kepada kanak-kanak, termasuk institusi berkanun, gabungan bukan kerajaan dan kesedaran umum yang semakin meningkat.

Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanaknya, Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani Konvensyen-konvensyen  yang berikut:

  • Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak : 19 Mac 1995
  • Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita: 4 Ogos 1995
  • Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (umur minimum untuk diambil bekerja) : 1997
  • Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk): 10 November 2000
  • Konvensyen menentang Jenayah Terancang Transnasional : 26 September 2002 (ditandatangani)

Pada peringkat kebangsaan, Malaysia menyatukan tiga undang-undang perlindungan kanak-kanak dan mahkamah juvenil yang terdahulu untuk membentuk Akta Kanak-kanak 2001* (Child Act 2001) yang menjadikan laporan penganiayaan kanak-kanak mandatori.

Sila ambil perhatian bahawa penerbitan Akta tersebut hanya didapati dalam Bahasa Inggeris.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children