Rakan kerjasamaKERAJAAN
Institut Pengurusan Kesihatan (IPK), Kementerian Kesihatan IPK telah ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2000, untuk tujuan latihan, kajian dan perundingan dalam pengurusan kesihatan. Ia merupakan salah satu daripada tujuh buah institut di bawah Institut Kesihatan Negara. Baru-baru ini, Institut ini telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000, Confrac (Peranchis) dan sijil pengiktirafan UKAS (UK) untuk semua perniagaan terasnya. Pada 2005, UNICEF di Malaysia bekerjasama dengan IHM untuk menubuhkan Pusat Kerjasama IPK-UNICEF untuk Dasar, Penambahbaikan dan Penilaian Kesihatan.
ORGANISASI BUKAN KERAJAAN (NGO)
Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM) MKKM ditubuhkan pada 1954 untuk menambahbaikkan kehidupan kanak-kanak di Malaysia. MKKM dan sekutunya menyokong Kerajaan untuk mempromosi dan meningkatkan pembangunan keseluruhan kanak-kanak. UNICEF akan bekerja dengan MKKM untuk memberi kesedaran mengenai kecederaan dan kemalangan kanak-kanak di Malaysia.
INSTITUSI AKADEMIK
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia, yang dahulunya ditubuhkan pada tahun 1970 merupakan universiti Malaysia Ketiga dan yang pertama menggunakan bahasa Melayu, sebagai bahasa pengantar. Fakulti Pendidikan telah secara langsung dan tidak langsung berusaha mengubah persepsi masyarakat Malaysia terhadap anak-anak yang mempunyai keperluan khas dengan kaedah mengajar yang inovatif untuk memupuk kekuatan yang unik. Fakulti ini diiktiraf secara kebangsaan sebagai perintis dan pemimpin dalam bidang pendidikan khas. UNICEF dan Pusat Fakulti bagi Pengajaran Kepelbagaian Pelajar sedang bekerjasama menjalankan penyelidikan untuk mengenal pasti keperluan asas kanak-kanak terpinggir di Sabah dan Sarawak.
|