Perlindungan daripada kemalangan dan kecederaan di kalangan kanak-kanak

Perlindungan terhadap kemalangan dan kecederaan kanak-kanak

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Rakan kerjasama

 

Respons UNICEF: 2005 – 2007

© UNICEF Malaysia/2005/Jothiratnam

Pengalaman mengajar kita bahawa kemalangan dan kecederaan kebanyakannya boleh dielakkan dengan tindakan mencegah yang mudah tetapi berkesan. Di negara perindustrian, usaha yang bersepadu untuk menangani masalah kecederaan kanak-kanak menyelamatkan berjuta-juta nyawa kanak-kanak.

Di Malaysia, UNICEF bekerja dengan pihak Kerajaan, institusi akademik dan NGO untuk mengurangkan kematian kanak-kanak dan melindungi hak kanak-kanak untuk membesar menjadi dewasa dengan selamat. Dalam 2006, UNICEF akan menyokong kajian peringkat kebangsaan Malaysia yang pertama mengenai kecederaan dan kemalangan. Program kami akan memberi fokus kepada pengaruh terhadap dasar dan perundangan serta mengembangkan kempen pendidikan dan kesedaran untuk mencegah kecederaan.

Program UNICEF di Malaysia dibentuk untuk membantu rakan-rakan kerjasama yang lain:

  • memahami dengan lebih baik situasi dan tahap kecederaan kanak-kanak dan faktor-faktor yang menyumbang kepada risiko; 

  • mewujudkan strategi yang berkesan dan rakan kerjasama untuk menghalang kecederaan dan kemalangan kanak-kanak;

  • mendidik sekurang-kurangnya 70% keluarga seluruh negara tentang bagaimana mengurangkan kejadian kemalangan dan kecederaan kanak-kanak.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children