UNICEF Malaysia
50+ tahun membantu kanak-kanak Malaysia hidup dan membesar dengan sempurna UNICEF bekerjasama dengan kerajaan Malaysia sejak 1954 untuk memberi kanak-kanak permulaan awal yang terbaik dalam kehidupan dengan memberikan sokongan dalam kesihatan, pemakanan berkhasiat, air dan sanitasi, pendidikan formal dan tidak formal dan juga perkhidmatan kepada kanak-kanak terpinggir yang berada di kawasan bandar yang miskin. Sementara pencapaian Malaysia dalam mempromosi hak kanak-kanak sejak 30 tahun yang lampau begitu memberangsangkan, terdapat cabaran-cabaran baru yang wujud di Malaysia ketika ini. Pada tahun 2005-2007, kami meneruskan bekerjasama dengan rakan sejawat dalam Kerajaan dan masyarakat untuk menangani isu-isu kesaksamaan dan perbezaan, ancaman HIV/AIDS dan keganasan terhadap kanak-kanak dan remaja. UNICEF akan menyokong usaha-usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang diperlukan dalam isu yang kompleks ini. Melalui pengumpulan dan penganalisaan data, sokongan kepada penyelidikan mengenai perkembangan kanak-kanak, perlindungan, penglibatan dan tanggungjawab, dan analisa kritikal mengenai usaha-usaha yang berjaya, program-program untuk mengukuhkan sokongan dan meningkatkan kesedaran akan dipergiatkan. Penglibatan agensi-agensi Kerajaan, pemimpin-pemimpin agama, komuniti akademik, NGO, institusi latihan dan penyelidikan, media dan sektor swasta adalah amat penting kepada kejayaan kami.
UNICEF Malaysia: Aktiviti |