Misi kamiMisi global UNICEF untuk: Mempertahankan hak kanak-kanak, membantu mereka menikmati keperluan asas, memastikan keupayaan mereka untuk terus hidup dan meningkatkan peluang untuk berkembang. Mengumpul sokongan politik untuk turut membuat pelaburan kepada kebajikan kanak-kanak. Bertindak semasa kecemasan dan mengukuhkan keupayaan kanak-kanak dan keluarga mereka dalam menghadapi krisis, termasuk konflik, bencana alam dan HIV/AIDS. Membantu negara-negara yang dalam transisi untuk melindungi hak golongan muda dan menyediakan perkhidmatan penting kepada kanak-kanak dan keluarga mereka. Memastikan hak yang saksama kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan dan memberi perangsang untuk melibatkan diri dalam pembangunan mereka dalam masyarakat. Berusaha ke arah mencapai matlamat pembangunan manusia yang diterima pakai oleh masyarakat dunia dan kedamaian, keadilan serta pembangunan sosial yang termeterai dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
|