![]() |
| © UN Malaysia/2004/Chauly |
Pendidikan Pemulihan kepada Kanak-kanak Orang Asli
Dalam 2006, UNICEF berusaha dengan Kementerian Pendidikan untuk melengkapkan aktiviti sedia ada dalam usaha menyokong pendidikan untuk kanak-kanak orang Asli Malaysia (penduduk peribumi), yang sejak sekian lama dibebani dengan pencapaian persekolahan yang rendah dan kadar keciciran yang tinggi. Selama tujuh tahun mulai 1999, kanak-kanak ini telah disediakan kelas pemulihan yang istimewa dalam pembacaan dan kira-kira. Dalam 2006, aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan akan dibangunkan. Latihan untuk guru dan pentadbir sekolah dalam pendekatan khusus kepada kanak-kanak orang Asli, yang ditumpukan kepada persekitaran pembelajaran yang menyeluruh dan sistem penggredan yang rapi juga akan dibentuk.
Kesihatan Seksual dan Pembiakan kepada Kanak-kanak dengan Keperluan Istimewa
Dalam 2006, UNICEF akan meneruskan kerjasamanya dengan Bahagian Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menyeluruh bagi kanak-kanak yang mempunyai keperluan istimewa sejak lahir hingga bersekolah. UNICEF dan rakan kerjasamanya memberikan tumpuan secara khusus kepada isu seksual dan pembiakan untuk kanak-kanak yang mempunyai keperluan istimewa yang telah dikenal pasti mempunyai risiko yang tinggi kepada eksploitasi seks terhadap kanak-kanak ini. Aktiviti termasuk kerjasama pelbagai agensi untuk mengadakan manual dan garis panduan serta latihan kepada mereka yang menyediakan khidmat penjagaan kanak-kanak.
Pengesanan Awal Autisme
UNICEF bersama-sama Bahagian Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan berusaha untuk meningkatkan pengesanan awal autisme di kalangan kanak-kanak supaya langkah-langkah awal pencegahan untuk manfaat kanak-kanak dapat dimulakan. Dalam 2006, program termasuk kajian perintis yang akan menyumbang kepada dasar negara dan alat pengesanan yang piawai untuk autisme di kalangan kanak-kanak.
Kehidupan Benar
26 Mei 2006: Penganjur Kesihatan Desa membawa penjagaan kepada masyarakat di pedalaman Malaysia
Laman web di dalam Bahasa Inggeris.
Berita
29 Jun 2006: Program Penjagaan kesihatan primer untuk ibu-ibu dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik tahun 2006
6 April 2006: Kanak-kanak di luar pandangan mata, di luar pemikiran, di luar jangkauan
Laman web di dalam Bahasa Inggeris.